Khamis, 31 Disember 2015

Sejarah Sekolah


Sekolah Kebangsaan Telok Jering telah dibuka dalam tahun 1960. Idea untuk membina sekolah ini timbul apabila keinginan belajar timbul di kalangan penduduk kampung. Pada mulanya sekolah ini merupakan sekolah dewasa yang dibina oleh penduduk kampung di atas tanah yang diwakafkan oleh seorang penduduk iaitu Pn. Hjh Limah.

Bangunannya di buat daripada buluh yang beratapkan rumbia. Murid-murid pula menulis atas papan yang menggunakan batu hitam sebagai pensil. Pada waktu itu, bilangan gurunya ialah seramai 6 orang termasuk guru besar. Guru Besar yang pertama ialah guru yang dikenali dengan “ Cikgu Wil “. Manakala guru-guru lain ialah Cikgu Che Musa, Cikgu Nik Him, Cikgu Soh, Cikgu Omar dan Cikgu Che Hussin.

Guru-guru ini mengajar tanpa menerima gaji dan tinggal di rumah penduduk kampung. Makan dan minum ditanggung oleh penduduk kampung sebagai upah untuk guru yang telah mengajar anak-anak mereka. 

Memandangkan sambutan yang menggalakkan, pada tahun 1964 kerajaan telah membina sebuah bangunan kayu. Bangunan ini telah dibina di atas tanah yang dibeli daripada penduduk kampung dengan harga Rm 450. 

Sekolah ini telah melalui evolusinya yang tersendiri sehinggalah sekarang yang mana sekolah ini telah mempunyai 6 blok bangunan dan satu blok makmal komputer yang dilengkapi dengan sistem komputer yang canggih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan